Page 2 - BUKU PROGRAM HARI PERSARAAN JPN NEGERI KEDAH BAGI ZON UTARA TAHUN 2025
P. 2

MAJLIS SANJUNGAN BUDI,


                               LAMBAIAN KASIH






          Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,


          Tuan-tuan dan puan-puan,


          Sesungguhnya hari ini merupakan hari yang sepatutnya kita raikan
          kerana mengenang jasa dan khidmat bakti tuan-tuan dan puan-puan
          sebagai penjawat awam. Terima kasih atas segala pengorbanan,
          sumbangan serta komitmen yang telah tuan-tuan dan puan-puan
          berikan. Segala kebaikan serta jasa yang dicurahkan sememangnya
          tidak dapat dihitung atau disukat. Saya percaya dan penuh yakin
          bahawa segala sumbangan dan pengorbanan yang dilakukan pasti akan
          dibalas dengan seribu kebaikan buat tuan-tuan dan puan-puan serta
          seluruh ahli keluarga.


          Syabas dan tahniah diucapkan kerana telah berjaya melewati satu
          tempoh perkhidmatan yang panjang. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan
          pula tempat bermain. Pastinya sepanjang tempoh 30 tahun atau lebih
          dalam perkhidmatan, banyak kenangan pahit manis yang tuan-tuan dan
          puan-puan lalui. Dalam tempoh itu juga banyak pengalaman suka duka
          yang dilalui bersama-sama rakan sejawat yang mungkin silih berganti
          dengan suasana dan persekitaran yang berbeza-beza. Harapan saya
          walau apa pun kenangan itu, jadikan sebagai madu yang dapat
          mengubati hati rindu apabila tidak lagi bersama-sama.


          Bagi pihak Jabatan Pendidikan Negeri Kedah dan majikan, iaitu
          Kementerian Pendidikan Malaysia, saya merakamkan setinggi-tinggi
          penghargaan dan terima kasih atas segala bakti, pengorbanan dan
          susah payah yang dilalui semata-mata untuk menyumbang terhadap
          pendidikan generasi muda sebagai modal insan terbilang.


          Selamat bersara dan terima kasih .
   1   2   3   4   5   6   7